September 26, 2010

susu ? susu apa ?

hahahahahahahahahaha.......
exam belum habis lagi . hari ini paper pendidikan seni 2 [ PSV ] ...lepas rehat , kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia , kitaorang berjalan lenggang masuk ke dewan peperiksaan ...bagaikan rombongan cik kiah nak pi pantai .. aku a.k.a duyung , aiman a.k.a sotong , fazli a.k.a tok kura , firdaus a.k.a nyamuk ....berjalan lah ..ada yang terbang . berenang dan merangkak ...maklumlah , binatang katakan ..... mamad a.k.a ayam , azri a.k.a kerang dan faiz a.k.a kucing berjalan tiga orang mereka ...mereka masuk toilet ... [ buat apa dalam toilet ? awat lama sangat ? ] panas ! masuk saja dewan peperiksaan , baju mamad a.k.a ayam sebelah kanan ada kesan seperti cecair [ cecair apa? ] wah ! faiz a.k.a kucing pula mengaku bahawa dia yang picit ' tek ' mamad a.k.a ayam ...hahahahahhahhahahha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! bebudak perempuan gelak sampai tak ingat dunia !!!! terutamanya dila a.k.a tulang ...mamad a.k.a ayam buat projek dengan faiz a.k.a kucing dan dicampur pula cecair azri a.k.a kerang sehingga ada kesan dibaju ...wah !
         PERINGATAN!
           * jangan terpedaya dengan cerita ini . cerita ini ada unsur tambahan dari saya
            *sebenarnya cerita ini betul tapi ditokok tambah untuk mendapat populariti murahan saja

September 24, 2010

gaduh dengan mak

tepat jam 10.30 malam , aku dan mak aku bersiap siaga di depan kaca tv 8 . nak tengok AMERICA NEXT TOP MODEL katakan . hari ini last dah . mesti lah kena tengok sebab mereka ini akan jadi penapis model berkebolehan . bukan senang tu ... Fatima , gadis pelarian Samolia tersingkir malam tu , so , tinggal dua orang saja finalis . Whitney dari Florida dan Anya dari Hawaii .antara mereka ni seorang saja yang akan dinobatkan juara program ini . aku sokong Whitney , walaupun dia model yang berbadan besar tapi aku yakin dia boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan . bukannya orang berbadan besar tidak boleh berjaya . mak aku pula sokong Anya , gadis cantik , ayu , comel dan ramping badan nya . dua gadis ini diberi tugasan untuk buat show catwalk di ROME , ITALI . rekaan pakaian VACESA . seorang pereka pakaian wanita yang top di Itali . show mereka ini diselangi dengan kemunculan model lelaki berbadan tough memakai underwear berwarna warni saja dan disaksikan oleh juri tetap program ini TYRA , MR J , NIGEL and PAULINA dan rakyat Itali . mak aku yakin bahawa Anya menang , aku bantah katanya "Whitney menang!" . rancangan ini mengambil kira foto minggu lepas dan kecantikan yang dipamerkan serta tenaga catwalk waktu show live . di umum kan bahawa ........ WHITNEY menang !!!!!!! aku gembira !! mak aku menjeling sexy ...Cerita ini turut membuktikan bahawa orang yang berbadan besar juga boleh mencapai impian mereka impikan selama ini . Kejayaan tidak mengambil kira saiz badan ... tetapi aku teringat pula komen Paulina "kita mempunyai dua orang model yang bertaraf antarabangsa dan seorang lagi model ayam betina" siapa ? Anya atau Whitney ? membuatkan aku teringat pula pada mamad a.k.a ayam gajah !!!!!

September 23, 2010

kali pertama dan terakhir !

waw!
tadi aku a.k.a duyung , azri a.k.a kerang , aiman a.k.a sotong , solehin a.k.a penguin dan fazli a.k.a tok kura pergi swimming pool di PJ 2 JITRA . kitaorang pergi untuk melepaskan tension je . apa yang kami harapkan tidak datang iaitu mamad a.k.a ayam gajah . maybe dia malu kot because malu . aku faham ! tengok saiz badan dia , "ramping and slim" macam Erra Fazira , ratu Malaysia . hahaha .... seronok mandi- manda , mamad a.k.a ayam datang secara tiba-tiba . terkejut kitaorang ! hampir-hampir lemas dalam air . nasib baik la kitaorang pandai swimm . tapi ....... dia tak nak mandi sekali .... entah.... ???  next , kitaorang pergi Aneka . karaoke la!!! nyanyi sampai suara habis !!! apabila keluar saja dari situ , uuurrrmmmm..... hujan menangis jatuh ke bumi .... apa lagi , kitaorang pergi la makan , mengisi perut yang menangis kelaparan dan kebuluran . lambat sungguh chef tu masak ! tension ! tak sedap ! pastu ambil masa yang panjang untuk menyediakan juadah . terpaksa la aku minum air kopi panas dulu untuk mengisi perut ini . habis makan so , balik la ...sampai saja di SMK seri mahawangsa , moto LC aku minyak habis . [LC ke ?] macam pelaq ! pelaq tu macam anu la ...terpaksa la aku tuntun moto tu dengan azri a.k.a kerang sampai BHp . penat gila pastu malu pula . tapi best !!!! boleh meningkatkan populariti aku . sudah selesai isi minyak , moto tu buat hal pula , tidak mampu di hidupkan . aduh !!! capek !!! Azri a.k.a kerang call Deq Wan a.k.a jiran kitaorang suruh datang tolong and solve problem sama - sama . nasib baik la deq wan tu datang , sampai juga rumah dengan selamat . syukur ! amin ! pengalaman aku ni sangat best tapi memalukan . tidak mengapa , hanya orang tertentu saja akan dapat pengalaman sebegini . cerita aku ni boleh buat pengajaran buat kita semua tau . 1- sebelum menunggang moto , pastikan minyak mencukupi
        2- jangan nenunggang terlalu laju
        3- kita kena tolong sahabat
        4- " best tapi malu " amalkan konsep ini
                                                                                                                                              LOVE,
                                                                            
                                                                                                                                           ARE_MAT

memang tak dapat lupakan!

hari rabu lepas , aku a.k.a duyung , aiman a.k.a sotong , wani a.k.a iguana , dila a.k.a tulang oracle , sue and tiqah pergi library awam jitra , buat discussion cause esok exam trial FIZIK PAPER 2 . urrrmmm.... lepas tu , kitaorang lapar . perut sudah panggil makanan . "woi! aku lapar!" kitaorang plan nak pergi makan di medan selera { hadapan KFC JITRA } .kitaorang buat konvoi moto pergi sana , macam rombongan meminang janda baru . sampai saja di sana , pesan makanan la , perut dah menangis ni . sue and aiman a.k.a sotong asyik leka sembang berdua , maklum lah , diaorang "couple" . lain la aku ni , xda yang sudi masuk meminang . hahaha ...sue menghulurkan sebungkus beg plastik "Hari-Hari" bagi aiman a.k.a sotong .
        Dila a.k.a tulang oracle bertanya kepada aiman a.k.a sotong "Eh! apa tu? , bikini ka ?"
        kitaorang terkejut ! lalu ketawa sekuat hati sehinggakan nasi keluar dari mulut ku bagaikan gunung berapi meletup !
        Aiman a.k.a berkata "macam mana kalau hang pakai bikini ? tak dapat bayang kan !"
        aku a.k.a duyung , wani a.k.a iguana and tiqah ketawa sekuat hati tanpa menghiraukan orang lain { because kitaorang star }
          Wani a.k.a iguana meyamput cakap aiman a.k.a sotong " mesti londeh ke bawah " hahaha
      bukannya apa , saiz badan Dila a.k.a tulang oracle sangat "kering" . may be bikini tak ada saiz untuk dia kot . hahaha ..... dia layak jadi ustazah je ....perkara ini sangat memalukan dan melucukan because kawan-kawan ku sporting and happy gila-gila .....

September 21, 2010

aku duyung?

patut ka budak kelas panggil aku duyung ? tak ada nickname lain ke nak kasi kat aku ? teruk ! semua ni start dari si mamat a.k.a AYAM . dalam awal bulan Ogos tahun ni,sekolah kitaorang ada buat bengkel addmath di dewan tertutup . Disebabkan bengkel tu boring sangat , muncul la lawak bodoh dari gang kelas kitaorang,5Arif . si mamat  panggil  Aiman a.k.a SOTONG KERING . aku terkejut !! bagai dipanah petir . Lantas, aku pula dapat nickname DUYUNG SIAM . Waktu itu,perasaanku bagaikan api membara menjilat api . Hal ini tidak mungkin terjadi !! habis saja bengkel addmath , aku kasi pula nickname yang comel2 kepada ahli dalam gang aku . Faiz a.k.a KUCING . ini bukan sebarang kucing tapi ini kucing kurap . hahahaha . Firdaus a.k.a NYAMUK . ini juga bukan sebarang nyamuk tapi ini nyamuk bisa gatai dan anehnya nyamuk ini alim . Azri a.k.a KERANG . ini kerang kena himpit di pintu lif mall . Fazli a.k.a TOK KURA . kerna dia suka hilangkan kepalanya setelah menjawab soalan . macam tok kura keletihan . Solehin a.k.a PENGUIN . kerna dia gemar menari tarian mak yong macam primadona 50an . Mulai detik itu , aku menubuhkan kelab "Gang Rimba" !!! Gang ini ter'hot' dalam kalangan guru sekolah kitaorang .

baru disini

HOI , AKU DAH MAJU LA. AKU DAH ADA BELOG.