September 24, 2010

gaduh dengan mak

tepat jam 10.30 malam , aku dan mak aku bersiap siaga di depan kaca tv 8 . nak tengok AMERICA NEXT TOP MODEL katakan . hari ini last dah . mesti lah kena tengok sebab mereka ini akan jadi penapis model berkebolehan . bukan senang tu ... Fatima , gadis pelarian Samolia tersingkir malam tu , so , tinggal dua orang saja finalis . Whitney dari Florida dan Anya dari Hawaii .antara mereka ni seorang saja yang akan dinobatkan juara program ini . aku sokong Whitney , walaupun dia model yang berbadan besar tapi aku yakin dia boleh melakukan sesuatu di luar jangkaan . bukannya orang berbadan besar tidak boleh berjaya . mak aku pula sokong Anya , gadis cantik , ayu , comel dan ramping badan nya . dua gadis ini diberi tugasan untuk buat show catwalk di ROME , ITALI . rekaan pakaian VACESA . seorang pereka pakaian wanita yang top di Itali . show mereka ini diselangi dengan kemunculan model lelaki berbadan tough memakai underwear berwarna warni saja dan disaksikan oleh juri tetap program ini TYRA , MR J , NIGEL and PAULINA dan rakyat Itali . mak aku yakin bahawa Anya menang , aku bantah katanya "Whitney menang!" . rancangan ini mengambil kira foto minggu lepas dan kecantikan yang dipamerkan serta tenaga catwalk waktu show live . di umum kan bahawa ........ WHITNEY menang !!!!!!! aku gembira !! mak aku menjeling sexy ...Cerita ini turut membuktikan bahawa orang yang berbadan besar juga boleh mencapai impian mereka impikan selama ini . Kejayaan tidak mengambil kira saiz badan ... tetapi aku teringat pula komen Paulina "kita mempunyai dua orang model yang bertaraf antarabangsa dan seorang lagi model ayam betina" siapa ? Anya atau Whitney ? membuatkan aku teringat pula pada mamad a.k.a ayam gajah !!!!!

1 comment: